Monday, 13 October 2014

IT FAIR IPOH AKHIR TAHUN 2014

http://www.infocomm-solution.com/PcdaIndex.jsp?pg=gallery&p_index=thumbnail&p_name=18

HOW TO CREATE GMAIL ACCOUNT


SOALAN EPSA ONLINE 2014

SELAMAT MENCUBA!


how to create blog

老师们,欢迎您们加入我们的行列。让我们跟孩子们一起学习,一起追随科技知识。

PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1.1 Sejarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sebelum tahun 1940an
• Ianya bermula dengan idea penggunaan mesin mengira ABAKUS dalam
tamadun Mesir dan China.
• Dikembangkan lagi oleh John Napier, ahli matematik bangsa Scot dengan mereka alat mengira moden diberi nama logaritma yang boleh menghitung darab dan bahagi dengan mudah.
• 1617 , Napier menghasilkan alat baru dipanggil; Napier's Bones yang mengira dengan menggunakan jadual data.
• 1642, Blaise Pascal seorang ahli matematik Perancis mencipta mesen penghitung digital pertama. Ia dapat mengira dua angka dengan cepat serta tepat. Ia merupakan asas kepada penciptaan alat mengira atau kalkulator masa kini.
• 1671, seorang ahli matematik German bernama G.W. Leibnitz mencipta alat mengira yang lebih baik . Ianya menggunakan sistem binari dan dapat melakukan semua aktiviti arithmatik.
• Penggunaan sistem binari merupakan asas penting dalam rekacipta komputer hari ini.
• 1812, seorang professor matematik di Universiti Cambridge yang bernama Charle Babbage mencipta alat yang dipanggil difference engine yang berjaya melakukan kerja-kerja penjadualan trigonometri dan dikatakan berupayaan melakukan kerja sehingga 20 digit. Ia juga berjaya mengeluarkan output cetakan.
• 1835, C. Babbage mencipta alat baru diberi nama Analytical Engine yang mempunyai Unit-unit kawalan, arithmatik, ingatan unit storan dan output. Unit storan mengandungi 50 penghitung dan berupayaan menyimpan 1000 nombor yang setiap satu mengandungi 50 digit.
• Inputnya terdiri dari tiga jenis kad tebuk.
• George Boole telah mereka litar-litar logik seperti litar AND, OR dan NOT. Beliau telah mengemukakan satu simbol algebra betul dan salah dan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden.
• Ciptaan awal komputer merupakan satu mesin besar dan berat dengan fungsi operasi yang terhad.
• Makmal Telefon Bell telah mempelopori mesin-mesin elektromekanikal dipanggil komputer relay (1940) dan berupaya menjalankan operasi ke atas nombor-nombor kompleks.
• 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard berjaya mereka satu mesin yang berupaya menjalankan operasi ke atas urutan arithmatik secara automatik.
Selepas tahun 1940an
• 1944, Syarikat IBM dan Howard berkerjasama mengujudkan Kalkulator Urutan Terkawal Automatik dikenali dengan Mark 1.
• Saiz Mark 1 ialah 15.5 meter panjang, 2.44 meter tinggi, 760,000 bahagian, berat 5 tan dan pendawaian sepanjang 926 KM, 72 penumpuk dan 60 set suis untuk pengawalan data.
• Mark 1 berupaya menjalankan operasi campur, tolak, darab dan bahagi disamping beberapa fungsi trigonomentri.
• Penggunaan secara mekanika adalah sangat lambat dan terbatas.
Dengan terciptanya tiub hampagas (Vacuum Tube ), maka beroperasi komputer lebih pantas beribu kali ganda. Penggunaan tiub vakum yang pertama pada tahun 1942.
• 1943, Komputer colossus telah dicipta oleh British Code and Cipher School , Buckinghamshire, England dengan kelajuan 5000 aksara sesaat. Ianya bertujuan menganalisa maklumat Kerajaan German ketika perang dunia kedua. Output komputer di atas ialah mesin taip elektrik.
Rajah 1.0 : Komputer Digital ENIAC
• 1945, J.P. Eckert dan J.W. Mmaunchly dari Universiti Pennsylvania mencipta komputer
digital serba elektronik serba guna ( Electronic Numerical Integrator and Calculator –
ENIAC). Memproses data 1000 kali lebih cepat dari mark 1. Mesin digunakan untuk program
tembakan meriam pasukan tentera Amerika. Berat 30 tan, perlukan lokasi seluas 139.95
meter persegi dan berhawa dingin. Mempunyai 19,000 tiub vakum. Berkhidmat sehingga
1955.
• 1946, UNIVAC 1 dicipta. Merupakan komputer perniagaan pertama dipasarkan.
• 1952, EDVAC ( Electronic Discrete Variable Computer ) dicipta juga oleh Eckert dan
Mauchly. Ia berkonsepkan program terstor. Ia menggunakan sistem perduaan untuk operasi
arithmatik dan arahan operasi distor dalam bentuk digital dalam ingatannya.
• 1953, IBM memasang komputer pertama diberi nama IBM 701 dan seterusnya IBM 650
yang sangat popular ketika itu. Ia mempunyai beberapa bahagian iaitu Input, Output Unit
Konsol dan Unit Bekalan Kuasa.
• Komputer-komputer di atas dipanggil komputer generasi pertama.
Komputer Generasi Kedua
• Bermula 1959, dipasangkan dengan transistor dan dengan ini saiz fizikal serta tenaga yang
digunakan semakin kecil. Ianya menjadi semakin cekap dan berpotensi tinggi.
• Ianya dimulakan dalam perdagangan. Transistor untuk operasi arithmatik, teras magnet
untuk ingatan, Pita magnet dan cakera adalah untuk media storan. Masa operasi telah
menjadi singkat, contohnya untuk mendarab dua angka 10 digit mengambil masa hanya 1
uS (mikro saat).
• Antara komputer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401.
Generasi Ketiga ( 1964 – 1980an)
• 1971, Dr. Ted Hoff dari Inttel Corporation telah mengembangkan mikroprosesor Inttel 4004.
• 1975, Ethernet dikembangkan di Xerox PARC ( Palo Alto Research Center ) oleh Robert
Metcalfe. Ethernet merupakan Local Areal Network (LAN) pertama.
• 1976, Steve Wozniak dan Steve Jobs telah membina komputer Appel pertama.
• 1979, Pengaturcaraan Visicalc telah diperkenalkan oleh Bob Frankston dan Dan Bricklin.
• 1980, Bill Gates iaitu pelopor Microsoft coporation telah diberi peluang oleh IBM untuk
membina sistem pengoparasian MS DOS.
Komputer Generasi Keempat (1980 – kini)
• 1984, IBM memperkenalkan komputer peribadi PC AT, yang menggunakan mikroprosesor
Intel 80286. Apple pula memperkenalkan komputer Macintosh.
• 1987, beberapa komputer peribadi menggunakan mikroprosesor berkuasa Intel 80386.
• 1989, Intel 486 telah menjadi 1,000,000 pertama mikroprosesor transistor. Ia telah
mengkompres 1,2 juta transistor pada satu silikon perak berukuran .4”X.6” dan memberi
arahan pada 15 MIPS (juta arahan sesaat).
• 1990, Microsoft telah mengeluarkan Windoews 3.0, versi yang lebih maju daripada
Windows yang pertama kali diperkenal pada 1985.
• 1991, World Wide Web Standards telah dikeluarkan yang menjelaskan framework untuk
menghubung dokumen pada komputer yang berlainan.

• 1993, Sistem komputer menggunakan mikroprosesor Pantium diperkenalkan oleh
beberapa buah syarikat. Chip Pantium adalah kesinambungan kepada mikroprosesor Intel
486.
• 1993, Browser Mosaic Graphical Wed diwujudkan oleh Marc Andreesen Kejayaan ini
membawa kepada penubuhan Netscape Comunications Corporation.
• 1995, Mikroprosesor Pentium Pro mula dipasarkan oleh Intel.
• 1997, Inttel memasarkan Mikroprosesor Pantium II yang kepantasannya tiga hingga empat
kali lebih daripada Pantium Pro.
• 1998, Mikrosoft mengeluarkan Windows 98 bersama Active Desktop suatu peningkatan
kepada Windows 95.
• 2000, Mikrosoft mengeluarkan Windows Me bersama Active Desktop
1.2 Kepentingan Teknologi Maklumat Mengikut Bidang
• Pendidikan

1992, Apple telah
memperkenalkan
Personal Digital
Assistant (PDA) yang
dipanggil
MessagePad.
Sistem Maklumat melalui penggunaan
komputer semakin banyak digunakan di
sekolah rendah, menengah dan institusi
pengajian tinggi. Pejaba-pejabat di institusiinstitusi
pengajian tersebut menggunakan
komputer untuk kerja administratif seperti
surat menyurat, menyimpan pangkalan
data yang mengandungi butir-butir pelajar
dalam peperiksaan,mencetak borang, kertas
ujian dan sebagainya.
Pelajar boleh belajar daripada komputer dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh
guru. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ada di pasaran untuk kegunaan
pembelajaran. Perisian PBK yang bermutu berpotensi meningkatkan minat untuk belajar
• Pengeluaran
• Perdagangan
Komputer banyak digunakan untuk meningkatkan mutu dan tahap perdagangan sebuah
negara secara umum. Beberapa perkara dalam perdagangan boleh dilakukan oleh komputer
seperti cara barangan dikod menggunakan kod palang.
Di bank, penggunaan komputer amat ketara utamanya mesin teller automatik yang mana
menjimatkan dari segi masa dan urusniaga. Pengaruh penggunaan kad kredit atau kad caj
untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan amat menakjubkan. Kad ini boleh
digunakan oleh pelanggan ke mana-mana kedai, hotel, restoran, agensi penerbangan, pam
minyak dan lain-lain syarikat perniagaan yang mempunyai perjanjian dengan pengeluar kad
yang menggunakan kad tersebut untuk membayar bil. Penggunaan kad telefon yang
memudahkan penggunaan telefon. Bil-bil yang dicetak komputer mempercepat dan
memperbaiki perkhidmatan.

Komputer dalam Industri
Biasanya robot digunakan untuk kerja-kerja yang membahayakan
kesihatan atau nyawa manusia atau kerja-kerja yang lebih cepat jika
dibuat oleh robot. Misalannya kilang membuat kereta

Komputer dalam Perdagangan
Kegunaan komputer sedikit sebanyak meningkatkan
mutuperkhidmatan serta kehidupan masyarakat secara umum.
• Perhubungan
Penggunaan telekomunikasi atau komputer yang dirangkaikan diperingkat antarabangsa banyak
memberi kesan positif. Melalui kemudahan telekomunikasi berbagai jenis perhubungan dapat
dibuat. Contohnya komunikasi antara bank, pengeluar kad kredit, syarikat insuran, syarikat
penerbangan, institusi pendidikan boleh dibuat dengan pantas melalui rangkaian komputer
antarabangsa.

• Pekerjaan
Pada hari ini, kebanyakan pekerjaan semakin memerlukan kemahiran menggunakan komputer.
Kalau dahulu, jurutaip menggunakan mesin taip, kini ia menggunakan komputer. Begitu juga
juruwang, ahli profesyenal seperti guru, doktor, jurutera, akitek, peguam dan sebagainya semakin
perlu tahu menggunakan komputer.

Rumusan
Setakat ini anda telah mengetahui serba sedikit mengenai sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Sejarah perkembangan TMK adalah berkaitan langsung dengan usaha manusia untuk memudahkan pekerjaan mereka supaya lebih cekap dan pantas dalam pelbagai bidang kehidupan. Sejarah perkembangan TMK diperingkatkan mengikut generasi. Sekarang manusia sedang menggunakan komputer dalam generasi keempat dan masih berusaha untuk menuju kepada generasi kelima dengan percubaan menghasilkan komputer yang mempunyai kecerdasan buatan.